Diari seorang aura

Monday, April 7, 2008

Perkhemahan NE 2008

Telah sebulan ia berlalu
dan perkhemahan itu akan selalu aku ingati
Kerana apa?
Itulah aktiviti cuti sekolah yang paling bosan
yang pernah aku sertai
Buang masa sahaja la!
Kita dah tak boleh tidur di sekolah
Lepas tu bosan programnya
Hai..nak pergi ke pantai Changi pun tak boleh!
Cuaca hujan!Pasal itulah!
Tapi mungkin ada hikmahnya??
Tempat itu dikatakan "keras"
Semua permainan-permainan yang dirancangkan bosan
Sepatutnya,aku tidur di rumah sahaja
Tak mengapa la,lain kali sahaja
akan aku sambungkan kisah yang paling bosan!

Posted by Permata Hazwani at 7:47 AM

Saturday, March 15, 2008

"ANNUAL CROSS COUNTRY"

"Hazwani,awak boleh melakukannya!!"
Itulah sokongan yang diberikan oleh teman-temanku.
Guru kelas ku,Cikgu Wendy Lee,juga telah menyokong aku dan juga seluruh kelasku.
Aku sangat berterimakasih dengan Aysha dan Nini kerana merekalah yang telah berlari
denganku.Semangat yang mereka berikan telah membuatku mengatasi cabaran yang aku hadapi semasa berlari di Taman Bishan.Kami harus berlari sejauh 3.2 km.Penat sungguh aku!
Aysha dan Nini telah memberikan aku semangat untuk menghabiskan pertandingan itu.Seperti mahu pengsan aku berlari.Mungkin berlari dengan kawan boleh menguatkan semangat kita.
Walaubagaimanapun,cita-cita aku untuk mendapatkan kedudukan di bawah nombor 20 tidak tercapai.Alhamdulilah,tidak melebihi nombor 50.Ini semua jika bukan kerana Nini dan Aysha.
Nini mendapat tempat ke 43,Aysha pula 32(hebatkan) aku pula tempat ke 42.Hai!Aku akan cuba lagi tahun depan dan membuktikan kepada abangku yang telah mengejek-ejek aku kerana tidak cepat berlari.Boleh &*#%@$!
Malah,pertandinganku membuatku lebih bekerja keras untuk berlatih lebih lagi.
Mana tahu tahun 2009 Hazwani dari menegah dua boleh mendapat tempat pertama?!

Posted by Permata Hazwani at 11:29 PM

Thursday, March 6, 2008

Wow,sukan OLIMPIK belia akan diadakan di Singapura-Alamak!Nak kena kerja lebih keras algi!

Sukan Olimpik Belia!
Ekonomi Singapura akan meningkat?
Singapura akan menjadi lebih terkenal??
Atau rakyat-rakyat Singapura harus bekerja lebih keras???
Itulah soalan-soalan yang aku sedang fikirkan selepas mendapat tahu bahawa Singapura akan menjadi negara yang akan menjadi tuan rumah untuk sukan olimpik belia
baru-baru ini.Hai??Apa yang sangat dibanggakan.Pada aku, ini semua akan membuat kecoh sahaja.Pasti negeri Moscow akan marah dan cemburu dengan kememngan Singapura.Alamak!Ibu bapaku mesti harus bekerja keras...sangat keras!Mungkin ekonomi Singapura akan meningkat kerana pelancong akan menonoton sukan olimpik di Negeri yang kecil ini.Mungkin Singapura akan menjadi terkenal tetapi mungkinkah pesukan-pesukan belia di Singapura akan menang?Hai,cemburu lah aku apabila melihat wajah-wajah pesukan belia di suratkhabar.Mereka pasti akan merasa bangga dapat beradu di negara sendiri.Walau apa pun perasaan aku,
MAJU-LAH SINGAPURA!

Posted by Permata Hazwani at 12:54 AM

OH cerpen NADIAH!

Cikgu Majidah telah menyuruh kami untuk menulis pandangan cerpen lagi..hai bosan juga!
Pandangan tentang cerpen 'NADIAH'
Pandanganku ialah
Cerita ini menarik dan sungguh hebat kerana jalan ceritanya.
Perkataan-perkataan dan frasa yang digunakan membuatku merasakan apa yang penulis cuba untuk menceritakan dalam cerpen itu.
Tetepi,penulis cerpen ini tidak kreatif kerana jalan ceritanya sangat biasa di kalangan murid-murid sekolah menengah.Maksudku ialah seorang teman yang sanggup mengorban nyawa hanya untuk mengembalikan teman baiknya ke pangkal jalan.Tetapi keseluruhanya,baik sekali.Mungkin dapat menarik banyak perhatian.

Posted by Permata Hazwani at 12:51 AM

Hari untuk mempertahankan Singapura

Mengapakah Hari Pertahanan Mutlak Penting??
Ingat tak semasa Singapura mengalah ke negara Jepun semasa peperangan dunia kedua.Kira-kira 15 Febuari 1945? Kerana itu kita harus mempertahankan ibu negara kita ini.Pada 15 Febuari 2008,
ada penyamapaian mengenai Hari Pertahanan Mutlak.Encik Chan,Encik Lee dan juga murid-murid Peirce lama yang telah menjalani Perkhidmatan Negara.Pada pendapatku,tidak semestinya kita harus menjalani perkhidmatan negara untuk mempertahankan Singapura.Encik Chan,Encik Lee dan murid-murid Peirce yang lama itu menceritakan pengalaman mereka selama menjalani perkhidmatan negara...sangat teruk!!Tetapi penyamapaian itu sangat berguna,lagi-lagi untuk rakan-rakan lelakiku!!
(:Pendapatku!!Jika boleh,aku ingin sekali memasuki Perkhidmatan Negara untuk mempertahankan Singapura dan juga menguruskan badanku!!!
Untuk pengetahuan diri:
Lima pertahanan Singapura
Pertahanan Sivil
Pertahanan Psikologi
Pertahanan Sosial
Pertahan Ketenteraan
Pertahanan Ekonomi

Posted by Permata Hazwani at 12:38 AM

Tidak Kesampaian untuk aku memberi pandangan

Pandangan tentang cerpen TIDAK KESAMAPIAN:
Perasaanku tentang cerpen ini:
sedih sangat
tersentuh hati dengan konteks cerpen


Apa yang membuatku merasakan kesedihan di cerpen ini:
Cara cerpen ini ditulis begitu sedih sehingga aku dapat merasakan perasaan penulis apabila menulis cerpen itu.
Frasa dan perkataan yang digunakan sangat menarik.
Cara yang lebih baik untuk membuat karangan lebih baik:
Watak dalam cerpen itu akan lebih menarik jika ia ditukarkan menjadi diri penulis sendiri supaya penulis dapat lebih merasakan cerpen yang ditulisnya.

Posted by Permata Hazwani at 12:34 AM

Wednesday, March 5, 2008

Hai Siapa Tu HAZWANI?

Hai baru nak jawab,tidak mengapalah akan aku memperkenalkan diriku

Namaku Hazwani!! Sekarang bersekolah di Sekolah Menengah Peirce.Aku adalah seorang anak yang bongsu,mempunyai seorang abang.Ketinggianku sederhana dan kalau boleh aku tidak ingin berkongsi tentang berat badanku.Inilah entriku yang pertama.
Lebih Mengenali Diriku
Kegemaranku
nasi lemak
mendengar muzik rok
mengarang cerita
bermain bola jarring
melukis
menari
bercerita
MEMBUAT BISING!!!!
Apa yang aku tidak suka
lipas yang boleh terbang
asam pedas kerana ia tidak sedap langsung
kerja rumah yang terlalu banyak
muzik yang terlalu merdu
menonton televisyen,hanya berita ataupun news on 5
orang yang sombong dan riak
jika aku tidak dapat lulus dalam peperiksaan
Kalau mempunyai masa,sila komen entriku yang pertama,terima kasih! (:

Posted by Permata Hazwani at 11:56 PM